Program Didik Cemerlang Akademik Spm
- Program Didik Cemerlang Akademik Spm Pdf
- Program Didik Cemerlang Akademik Spm 2016
- Program Didik Cemerlang Akademik Spm 2017
KhalifahAr-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, “ Ilmuapabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkanberkurang”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu adalah sangatpenting dalam kehidupan seharian kita terutamanya murid-murid sekolah. Kecemerlangan murid dalam akademik adalahsangat penting kerana mereka merupakanbakal pemimpin kita pada masa hadapan.
Remaja yang cemerlang akan menyumbangkepada pembangunan sesebuah negara. Halini bertepatan dengan ungkapan “ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Persoalannya, apakah faktor-faktoryang mempengaruhi kecemerlangan seseorang murid dalam akademik? Faktor utama yang membawa kepada kecemerlanganmurid dalam akademik ialah melalui tumpuan ketika guru mengajar di bilik darjahsemasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Sekiranya seseorang murid itu menumpukan perhatian semasaguru mengajar di bilik darjah, sudah tentu pelajaran tersebut lebih cepatdiserap masuk ke dalam minda murid-murid. Pakar psikologi pernah mengatakanbahawa, “lima puluh peratus kejayaan murid dalam akademik adalah melaluitumpuan seratus peratus murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah”. Kebanyakan murid yang berjaya dalam akademik adalah terdiridaripada mereka yang sentiasa mengemukakan soalan kepada guru-guru sekiranyaterdapat tajuk yang tidak dapat difahami ketika guru mengajar.
Selain itu,murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan guru-guru tentangakademik, pasti meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-muridperlu menghindari perasaan malu atau segan untuk bertanya apa-apa masalahtentang akademik kepada guru mereka kerana pepatah menyatakan, malasberkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Murid-murid jugaperlu menyiapkan segala kerja rumah yang disuruh oleh guru dan menghantardengan segera kepada guru untuk diperiksa. Murid-murid juga turut melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif bagi membantu mewujudkanproses pengajaran guru yang menarik dan berkesan.
Program Didik Cemerlang Akademik Spm Pdf
Tegasnya, tumpuan murid-muridsemasa guru sedang mengajar dalam bilik darjah merupakan faktor utamakecemerlangan murid dalam akademik. Selainitu, program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah turutmenyumbang kepada kecemerlangann murid dalam akademik. Antara program yangdiadakan ialah pelancaran Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melaluipelaksanaan program ini, murid-muriddapat memupuk minat mereka dalam subjek tertentu dan seterusnya memperolehkeputusan yang cemerlang dalam akademik. Selain program Minggu Bahasa, pihaksekolah juga banyak mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bagisubjek-subjek tertentu.
Dengan menghadiri bengkel menjawab soalan,murid-murid dapat mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu subjek danmemperbaiki kelemahan tersebut serta mendedahkan murid-murid berkaitan teknikuntuk menjawab soalan peperiksaan sebenar dengan betul. Hal ini bertujuan untuk menjadikanmurid-murid supaya lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam peperiksaanyang sebenar. Sekolah turut mengadakan kem kecemerlangan, kem motivasi dan kembina insan agar murid dapat membina sahsiah diri, mempunyai motivasi danmembentuk keperibadian yang luhur.
ProgramHari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun juga turut memberimotivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Jelasnya, program yang dianjurkan sekolah juga merupakan salah satu faktorkecemerlangan murid dalam akademik. Seterusnya,saya akan menubuhkan kumpulan perbincangan di sekolah bagi meraih kejayaan yangcemerlang dalam akademik.
Saya akan mengajak empat atau lima orang rakan sayauntuk sama-sama berbincang tentang sesuatu tajuk atau topik pelajaran yangkurang difahami. Selain guru, penerangan dan penjelasan daripada rakan-rakandalam kumpulan perbincangan berkaitan sesuatu topik amat penting untukmeningkatkan pemahaman murid tarhadap tajuk pelajaran yang kurang difahamisemasa di kelas. Bersama rakan perbincangan juga, saya akan membuat lebihbanyak latihan terutamanya Matematik,Fizik, Prinsip Akaun dan subjek Sains yang lain. Saya dan rakan kumpulanperbincangan akan selalu mengunjungi perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran dan berbincangdengan rakan-rakan. Kami akan menyiapkan kerja rumah dan latihan yang diberioleh guru bersama-sama.
Kumpulan perbincangan amat penting lebih-lebih lagimenjelang peperiksaan yang sebenar. Murid-murid yang menyertai kumpulanperbincangan di sekolah akan lebih bersedia dan berkeyakinan ketika menghadapipeperiksaan.
Program Didik Cemerlang Akademik Spm 2016
Oleh itu, penyertaan murid dalam kumpulan perbincangan jugamerupakan antara faktor kejayaan murid dalam akademik. Akhirsekali, kecemerlangan murid dalam akademik berpunca daripada sokongan dandorongan daripada kedua-dua ibu bapa.Dorongan daripada ibu bapa dapat menjadikan seseorang murid itu rajin dangigih berusaha untuk mencapai kecemerlanagn. Hal ini kerana dorongan daripada ibu bapa merupakan satu sumberinspirasi kepada anak-anak. Anak- anak akan lebih berjaya dalam pelajaranmahupun dalam hidup dengan adanya dorongan, motivasi, kata-kata perangsang,restu, dan keredaan daripada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh menjadi contohteladan kepada anak-anak dengan membawa anak-anak ke perpustakaan ataumenghantar anak-anak ke kelas tambahan.
Anak-anak akan mencontohi ibu bapa danmenganggap dorongan ibu bapa itu sebagai motivasi kepada diri mereka sendiri.Bak kata peribahasa, “ ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Salahsatu cara ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak adalah denganmemperuntukkan sejumlah wang untuk anak-anak menghadiri kelas tuisyen danmenyediakan kemudahan untuk anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga bolehmenyediakan perpustakaan mini di rumah untuk memupuk budaya membaca dalam dirianak-anak. Dengan ini, anak-anak akan membahagiakan ibu bapa dengan kejayaanyang dicapai oleh mereka.
Tegasnya, dorongan ibu bapa amat penting untukanak-anak mencapai kecemerlangan dalamakademik. Kesimpulannya,banyak faktor penentu kecemerlangan muriddalam akademik. Untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, murid-murid perlumemberikan tumpuan ketika pembelajaran di bilik darjah. Murid-murid jugahendaklah menyertai program-program akademik yang dianjurkan oleh sekolahselain menyertai kumpulan perbincangan di sekolah.
Program Didik Cemerlang Akademik Spm 2017
Kecemerlangan murid dalamakademik juga adalah berpunca daripada sokongan dan dorongan daripada ibu bapa.Tegasnya, kecemerlangan seseorang murid dalam akademik bergantung pada keazaman seseorang murid ituuntuk berjaya, bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan dan hendak seribudaya, tidak hendak seribu dalih.