Video Doa Solat Dhuha Rumi
اللّهُمَّ إِنَّ الضّحَاءَ ضَحَاؤُكَAllahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَWalbahaa’a bahaa uka وَالْجَمَالَ جَمَالُكَWaljamaala jamaaluka وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَWalquwwata quwatuka وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَWalqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka. Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat dhuha?Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat dhuha.Sekurang-kurangnya terdapat 5 kebaikan yang kita dapat apabila melakukan dhuha:1.
Sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah.Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata,Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”— Hadis Riwayat Bukhari2. Dibangunkan sebuah rumah di syurga.Bagi golongan yang rajin mengerjakan dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga.Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW,Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”— Sahih al-Jami’: 6343. Mendapat rezeki dengan segera.Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”— Hadis Riwayat Abu Dawud4. Mendapat pahala umrah.Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”— Sahih Al-Targhib: 6735. Mendapat keampunan dosa terdahulu.Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi.
Solat Dhuha Cara
Penutup: Ganjaran Besar MenantiPada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu dhuha”.menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.— Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang mengerjakannya.Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Teks untuk gambar di atas adalah seperti berikut:Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”1. Lafaz Niat Solat Dhuha;“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah.
Niat Solat Dhuha
Video Doa Solat Dhuha Rumi Youtube
Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha2. Doa selesai solat Dhuha;“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya.